Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 153 lagi kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 12 April 2020.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 4,683, dengan 2,499 kes aktif dan 66 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Advertisement

Dukacita dimaklumkan juga terdapat 3 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia juga meningkat kepada 76 kes.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 113 kes telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 2,108 atau 45% daripada keseluruhan kes.

Sumber: KKM