Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kadar Sembuh Terus Meningkat, Kes Baru Hari Ini Hanya 16

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 16 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 12 Mei 2020. Daripada jumlah ini, 13 kes adalah daripada penularan tempatan.

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,742, dengan kes aktif sebanyak 1,410 dan 16 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

kadar sembuh terus meningkat, kes baru hari ini hanya 16

Dimaklumkan juga tiada kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada 109 orang setakat ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 110 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 5,223 kes setakat ini, atau bersamaan 77.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini