Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 37 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 13 Mei 2020. Daripada jumlah ini, 13 kes adalah daripada penularan tempatan.
Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,779, dengan kes aktif sebanyak 1,387 dan 16 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Advertisement

Dimaklumkan juga terdapat dua (2) kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada 111 orang setakat ini.
Terkini #covid19malaysia JUMLAH KESELURUHAN KES DISCAJ, 13 Mei
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 13, 2020
Sebanyak 58 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih adalah sebanyak 5,281.
Tahniah barisan hadapan KKM!@DGHisham pic.twitter.com/fJYe8LqBSE
Dalam perkembangan sama, sebanyak 58 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 5,281 kes setakat ini, atau bersamaan 77.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sumber: KKM