Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki 39 Tahun Mangsa Ke-112 Maut Akibat COVID-19

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 40 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 14 Mei 2020.

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,819, dengan kes aktif sebanyak 1,356 dan 16 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

lelaki 39 tahun mangsa ke-112 maut akibat covid-19

Dimaklumkan juga terdapat satu (1) kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada 112 orang setakat ini.

lelaki 39 tahun mangsa ke-112 maut akibat covid-19

Dalam perkembangan sama, sebanyak 70 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 5,351 kes setakat ini, atau bersamaan 78.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini