Skip to main content

Advertisement

Hiburan

169 Lagi Sembuh, Malaysia Setakat Ini Catat 52.18% Kes Pulih Jangkitan COVID-19

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 85 lagi kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 15 April 2020.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 5,072, dengan 2,342 kes aktif dan 56 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

169 lagi sembuh, malaysia setakat ini catat 52.18% kes pulih jangkitan covid-19

Dukacita juga dimaklumkan juga terdapat 1 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia juga meningkat kepada 83 kes.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 169 lagi kes telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 2,647 atau 52.18% daripada keseluruhan kes.

169 lagi sembuh, malaysia setakat ini catat 52.18% kes pulih jangkitan covid-19

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini