Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tiada Kematian, 36 Kes Baru Dan 88 Lagi Sembuh Hari Ini

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 36 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 15 Mei 2020.

tiada kematian, 36 kes baru dan 88 lagi sembuh hari ini

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,855, dengan kes aktif sebanyak 1,304 dan 14 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

Dimaklumkan juga tiada kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada 112 orang setakat ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 88 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 5,439 kes setakat ini, atau bersamaan 79.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini