Skip to main content

Advertisement

Hiburan

110 Lagi Kes Baru, Jumlah Kes Setakat Ini Meningkat Kepada 5,182

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 110 lagi kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 16 April 2020.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 5,182, dengan 2,332 kes aktif dan 56 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

110 lagi kes baru, jumlah kes setakat ini meningkat kepada 5,182

Dukacita juga dimaklumkan juga terdapat 1 lagi kematian dilaporkan oleh KKM setakat ini, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia juga meningkat kepada 84 kes.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 119 lagi kes telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 2,766 atau bersamaan 53.37% daripada keseluruhan kes.

110 lagi kes baru, jumlah kes setakat ini meningkat kepada 5,182

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini