Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 17 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 16 Mei 2020. Daripada jumlah baru ini, 6 kes adalah kes import dapat jangkitan luar negara dan 11 kes penularan tempatan dimana 5 kes adalah daripada bukan warganegara.
Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,872, dengan kes aktif sebanyak 1,247 dan 11 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Advertisement
Dimaklumkan juga terdapat satu (1) kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada 113 orang setakat ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 73 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 5,512 kes setakat ini.
Sumber: KKM