Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 22 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 17 Mei 2020. Daripada 22 kes baru yang dilaporkan, lima (5) adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 17 kes adalah penularan tempatan di mana sembilan (9) kes adalah bukan warganegara Malaysia.
Terkini #covid19malaysia, STATUS COVID-19 17 Mei
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 17, 2020
Daripada 22 kes baru yang dilaporkan, lima (5) adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 17 kes adalah penularan tempatan di mana sembilan (9) kes adalah bukan warganegara Malaysia.#kitamestimenang pic.twitter.com/m2QJRqknxB
Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,894, dengan kes aktif sebanyak 1,210 dan 13 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Advertisement
Dimaklumkan juga tiada kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada 113 orang setakat ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 59 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 5,571 kes setakat ini.
Sumber: KKM / MySumber