Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hanya terdapat 54 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 18 April 2020.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 5,305, dengan 2,115 kes aktif dan 49 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Advertisement

Dukacita juga dimaklumkan juga terdapat 2 lagi kematian dilaporkan oleh KKM setakat ini, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia juga meningkat kepada 88 kes.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 135 lagi kes telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 3,102 atau bersamaan 58.5% daripada keseluruhan kes.

Sumber: KKM