Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penambahan 105 Lagi Kes, Ada Kluster Baru Dikesan di Pahang

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 105 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 2 Mei 2020

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,176, dengan kes aktif sebanyak 1,747 dan 31 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

penambahan 105 lagi kes, ada kluster baru dikesan di pahang

Dimaklumkan juga tiada kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada 103 orang setakat ini,

Dalam perkembangan sama, sebanyak 116 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 4,326.

KKM turut melaporkan terdapat satu lagi kluster baru dikesan iaitu Kluster Tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang. Setakat ini, enam individu telah disahkan positif.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini