Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hanya terdapat 50 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 22 April 2020.
Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 5,532, dengan 1,987 kes aktif dan 43 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Advertisement

Terdapat 1 kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 93 kes.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 103 lagi kes telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 3,452.
Sumber: KKM