Skip to main content

Advertisement

Hiburan

71 Kes Jangkitan Baru Dilaporkan, Jumlah Keseluruhan Kes Kini 5,603

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hanya terdapat 71 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 23 April 2020.

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 5,603, dengan 1,966 kes aktif dan 42 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

71 kes jangkitan baru dilaporkan, jumlah keseluruhan kes kini 5,603

Terdapat 2 kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 95 kes.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 90 lagi kes telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 3,542.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini