Skip to main content

Advertisement

Hiburan

88 Kes Baru Jangkitan COVID-19 Dicatatkan Hari Ini

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hanya terdapat 88 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 24 April 2020.

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 5,691, dengan  41 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

Terdapat 1 kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 96 kes.

88 kes baru jangkitan covid-19 dicatatkan hari ini

Dalam perkembangan sama, sebanyak 121 lagi kes telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 3,663.

88 kes baru jangkitan covid-19 dicatatkan hari ini

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini