Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ada 51 Kes Baru, 99 Telah Pulih Dari COVID-19 Di Malaysia

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 51 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 25 April 2020.

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 5,742, dengan 36 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

Dukacita juga dimaklumkan terdapat 2 kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 98 kes.

ada 51 kes baru, 99 telah pulih dari covid-19 di malaysia

Dalam perkembangan sama, sebanyak 99 lagi kes telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 3,762.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini