Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 38 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 26 April 2020.
Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 5,780, dengan 36 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Advertisement
Dimaklumkan juga tiada kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada 98 kes.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 100 lagi kes telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 3,862, bersamaan 66.8% dari jumlah keseluruhan kes.
Sumber: KKM