Skip to main content

Advertisement

Hiburan

40 Kes Baru, 95 Lagi Telah Pulih Dan Satu Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 40 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 27 April 2020.

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 5,820, dengan kes aktif sebanyak 1,764 dan 37 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

40 kes baru, 95 lagi telah pulih dan satu kematian akibat covid-19 hari ini

Dimaklumkan juga terdapat satu (1) lagi kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kepada 99 orang setakat ini,

40 kes baru, 95 lagi telah pulih dan satu kematian akibat covid-19 hari ini

Dalam perkembangan sama, sebanyak 95 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 3,957, bersamaan 68% dari jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini