Skip to main content

Advertisement

Hiburan

94 Lagi Kes Baru Dikesan, Jumlah Keseluruhan Meningkat Kepada 5,945

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 94 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 29 April 2020.

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 5,945, dengan kes aktif sebanyak 1,758 dan 40 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

94 lagi kes baru dikesan, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,945

Dimaklumkan juga tiada pertambahan kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kepada 100 orang setakat ini,

Dalam perkembangan sama, sebanyak 55 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 4,087bersamaan 68.75% dari jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini