Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dua Kematian Dan 57 Lagi Kes Baru COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 57 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 30 April 2020. Daripada 57 kes baru ini, 25 kes adalah kes import, dan selebihnya melibatkan kes jangkitan tempatan.

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,002, dengan kes aktif sebanyak 1,729 dan 36 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

dua kematian dan 57 lagi kes baru covid-19 dilaporkan hari ini

Dimaklumkan juga dua (2) kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kepada 102 orang setakat ini,

Dalam perkembangan sama, sebanyak 84 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 4,171bersamaan 69.5% dari jumlah keseluruhan kes.

Terus patuhi PKP. Duduk di rumah, penjarakan sosial dan kerap cuci tangan.

ERA Muzik Hit Terkini