Memetik laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 88 kes pesakit yang telah sembuh.
Ini menjadikan sejumlah 915 kes sembuh dan dibenarkan discaj di Malaysia setakat hari ini, 4 April 2020.
Advertisement

Selain itu, terdapat 150 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes dinegara ini kepada 3,483 kes.
Daripada jumlah itu, 99 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 50 daripada memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita juga dimaklumkan terdapat 4 lagi kematian baru, menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 57 kes.

TERKINI #COVID19Malaysia
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 4, 2020
4 April 2020 (Sabtu)
Kes baharu 150
Keseluruhan 3,483
Rawatan di ICU 99
Bantuan alat pernafasan 50
Kematian terbaru 4
Keseluruhan 57 pic.twitter.com/O4L1UOrQxm
Sumber: KKM