Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 179 lagi kes baru dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,662 kes setakat 5 April 2020.
Daripada jumlah itu, 99 kes kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sebanyak 48 daripada jumlah itu memerlukan bantuan alat pernafasan.
Advertisement
Dukacita dimaklumkan terdapat 4 lagi kematian terbaru dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 61 kes.

Berikut adalah perincian 4 kes kematian terbaru ini:

KKM turut melaporkan terdapat 90 kes sembuh baru, menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 1,005 kes setakat ini.
TERKINI #COVID19Malaysia
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 5, 2020
5 April 2020 (Ahad)
Bilangan pesakit yang telah sembuh adalah seramai 90 kes
Ini menjadikan 1005 kes telah sembuh atau 27.44% daripada jumlah keseluruhan kes pic.twitter.com/4NY2SzyNku
Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM