Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Satu Kematian Dan 30 Lagi Kes Baru COVID-19 Direkodkan Hari Ini

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 30 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 5 Mei 2020. Daripada jumlah ini, kesemuanya adalah melibatkan kes tempatan.

satu kematian dan 30 lagi kes baru covid-19 direkodkan hari ini

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,383, dengan kes aktif sebanyak 1,710 dan 24 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

satu kematian dan 30 lagi kes baru covid-19 direkodkan hari ini

Dimaklumkan juga terdapat satu (1) kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 106 orang setakat ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 83 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 4,567, bersamaan 71.55 peratus jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini