Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 131 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini, 6 April 2020, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia setakat ini sebanyak 3,793.
Daripada jumlah itu, 102 pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 54 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Advertisement
Selain itu, KKM turut memaklumkan terdapat pertambahan kes kematian akibat jangkitan wabak ini sebanyak 1 kes, menjadikan jumlah angka maut di Malaysia meningkat kepada 62 kes.

KKM turut melaporkan terdapat 236 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia kini sebanyak 1,241 kes.
Perkembangan terkini #COVID19Malaysia 6 April
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 6, 2020
Bilangan pesakit discaj paling tinggi setakat ini iaitu 236 kes.
Ini menjadikan 1,241 pesakit telah sembuh dan discaj atau 33% daripada jumlah keseluruhan kes.
Tahniah dan terima kasih. @MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba pic.twitter.com/JfL7KZYPmY
Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM