Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 39 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 7 Mei 2020.
Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,467, dengan kes aktif sebanyak 1,584 dan 19 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Advertisement
Dimaklumkan juga terdapat tiada kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada 107 orang setakat ini.
Terkini #COVID19 7 Mei 2020.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 7, 2020
Kes discaj 74
Kes baharu 39
Kematian 0 pic.twitter.com/Xs6oWzXmiP
Dalam perkembangan sama, sebanyak 74 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 4,776 kes setakat ini.
Sumber: KKM