Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 156 lagi kes jangkitan COVID-19 yang baru direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 4,119 kes.
Daripada jumlah itu, terdapat 76 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 45 daripadanya masih memerlukan bantuan alat pernafasan.
Advertisement

Dukacita dimaklumkan hari ini terdapat 2 lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini sebanyak 65.

Selain itu, KKM turut memaklumkan terdapat 166 lagi kes yang telah discaj, menjadikan jumlah mangsa pulih sebanyak 36.1% atau 1,487 pesakit.
#COVID19Malaysia Perkembangan terkini 8 April 2020.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 8, 2020
Kes sembuh dan discaj 166
Keseluruhan 1,487 atau 36.1% daripada jumlah kes keseluruhan.
Tahniah dan terima kasih. ❤ pic.twitter.com/1ixVHUdndQ
Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM