Skip to main content

Advertisement

Hiburan

68 Kes Baru, 88 Sembuh Dan Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 68 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 7 Mei 2020. Daripada jumlah ini, 4 kes import daripada warganegara yang pulang dari luar negara, manakala selebihnya 64 kes adalah melibatkan jangkitan tempatan.

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,535, dengan kes aktif sebanyak 1,564 dan 18 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

68 kes baru, 88 sembuh dan tiada kematian dilaporkan hari ini

Dimaklumkan juga terdapat tiada kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada 107 orang setakat ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 88 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 4,864 kes setakat ini.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini