Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita 77 Tahun Mangsa Ke-114 Maut Akibat COVID-19 Di Malaysia

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 37 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 19 Mei 2020. Daripada 37 kes baru yang dilaporkan, dua (2) adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 35 kes adalah penularan tempatan di mana 22 kes adalah bukan warganegara Malaysia.

wanita 77 tahun mangsa ke-114 maut akibat covid-19 di malaysia

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,978, dengan kes aktif sebanyak 1,218 dan 11 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

Dimaklumkan juga terdapat satu (1) kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 114 orang setakat ini.

wanita 77 tahun mangsa ke-114 maut akibat covid-19 di malaysia

Dalam perkembangan sama, sebanyak 31 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 5,646 kes setakat ini, atau bersamaan 80.91 peratus berbanding jumlah keseluruhan kes.

wanita 77 tahun mangsa ke-114 maut akibat covid-19 di malaysia

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini