Skip to main content

Advertisement

Hiburan

2 Lagi Kematian Angkara COVID-19 Di Malaysia, Jumlah Kes DI ICU Kini Cecah 46 Kes

Hari ini 2 lagi kematian angkara COVID-19 direkodkan di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 10.

Kes ke-9 melibatkan seorang kakitangan kesihatan yang juga seorang doktor perubatan KKM, mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Beliau meninggal dunia pada jam 10.33 pagi tadi selepas keadaan kesihatannya merundum.

Advertisement

Manakala kes ke-10 pula melibatkan seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meningga dunia hari ini pada jam 4.05pm.

Dalam pada itu, 123 lagi kes terbaru positif COVID-19 direkodkan di Malaysia, menjadikan jumlah kumulatif di negara ini sebanyak 1,306. Daripada 123 kes baru ini. 74 adalah dari kluster perhimpunan tabligh manakala 49 lagi adalah dari lain-lain kluster dan masih disiasat untuk kepastian. Sehingga kini juga, seramai 46 kes positif sedang dirawat di ICU.

Dalam jumlah itu juga, 25 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada 22 Mac 2020. Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 139 kes.

Untuk rekod pada peringkat global, kes positif COVID-19 kini mencecah lebih 307 ribu pesakit dengan negara Itali mencatatkan kematian tertinggi di dunia iaitu hampir 5 ribu dengan kadar kematian 9%. Indonesia pula menjadi negara paling tinggi kadar kematian di rantau ini dengan 8.4%.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini