Skip to main content

Advertisement

Hiburan

COVID-19: 6 Kematian Baru, Jumlah Kes Sembuh Meningkat Kepada 537 Orang Di Malaysia

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 6 lagi jumlah kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 43.

covid-19: jumlah kes sembuh meningkat kepada xx orang di malaysia

Kes terbaru melibatkan kematian akibat COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan wanita tempatan 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750. Beliau telah dirawat di HTJ Seremban pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac jam 4.04pm.
  • Kes kematian ke-39 (kes ke-2626) merupakan lelaki tempatan 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi. Beliau meninggal dunia pada 27 Mac di rumah dan jenazah dibawa ke HKL.
  • Kes kematian ke-40 (kes ke-2627) merupakan lelaki tempatan berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 1.03pm.
  • Kes kematian ke-41 (kes ke-1275) merupakan lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 1.38 pagi.
  • Kes kematian ke-42 (kes ke-2628) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia 31 Mac, 7.09am.
  • Kes kematian ke-43 (kes ke-2629), lelaki tempatan 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.30pm.

Advertisement

Semalam KKM turut melaporkan 3 jumlah kematian melibatkan kes kematian ke-36 dan kes-37.

covid-19: 91 kes lagi sembuh, jumlah kematian kini 37 kes

Selain itu, KKM turut melaporkan penambahan jumlah kes positif sebanyak 140 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 2,766.

Daripada jumlah itu, 58 lagi pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah pesakit pulih di Malaysia meningkat kepada 537 orang.

covid-19: jumlah kes sembuh meningkat kepada xx orang di malaysia

Selain itu, KKM turut membuat penambahan sebanyak 46 makmal bagi menjalankan ujian klinikal pengesanan COVID-19 di Malaysia. Pertambahan makmal ini akan dapat melaksanakan 42,420 ujian pengesanan sebulan atau 1,414 sehari. Ini akan mempercepatkan keputusan ujian dan rawatan diberikan.

covid-19: jumlah kes sembuh meningkat kepada xx orang di malaysia

Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini