Memetik laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 4 lagi kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian angkara COVID-19 sebanyak 23 kes.
![[terkini] jumlah kematian akibat covid-19 kini 23 kes di malaysia](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/april-2020/screenshot-2020-03-26-at-5-09-56-pm.png)
Mangsa kematian kes ke-22 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia 48 tahun, dan mempunyai latar belakang penyakit kronik darah tinggi, selain pernah hadir ke perhimpunan tabligh dan ada kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19.
Advertisement
![[terkini] jumlah kematian akibat covid-19 kini 23 kes di malaysia](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/april-2020/screenshot-2020-03-26-at-5-12-12-pm.png)
Manakala mangsa kematian ke-23 pula juga merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia, 62 tahun, juga mempunyai penyakit kronik dan di rawat di Hospital Tuanku Permaisuri Bainun di Ipoh sebelum disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.37 tengah hari. Punca jangkitan kes ke-23 ini masih lagi disiasat.
![[terkini] jumlah kematian akibat covid-19 kini 23 kes di malaysia](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/april-2020/screenshot-2020-03-26-at-5-14-18-pm.png)
Dua lagi kes kematian iaitu kes ke 20 dan kes ke 21 telah dilaporkan sebelum ini.
Terkini, jumlah pesakit positif wabak COVID-19 bertambah sebanyak 235 kes baru, menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia sebanyak 2031 kes. 60 kes adalah berkitan kluster perhimpunan tabligh, bakinya masih dalam siasatan.
![[terkini] jumlah kematian akibat covid-19 kini 23 kes di malaysia](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/april-2020/screenshot-2020-03-26-at-5-16-41-pm.png)
Daripada jumlah itu, pesakit yang telah sembuh dibenarkan discaj pula adalah sebanyak 215 kes.
![[terkini] jumlah kematian akibat covid-19 kini 23 kes di malaysia](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/april-2020/screenshot-2020-03-26-at-5-10-47-pm.png)
Sumber: KKM