Malam semalam, 30 Oktober 2019 merupakan hari terakhir buat semua peniaga di uptown yang cukup terkenal di ibukota, iaitu Uptown Danau Kota.

Selepas 13 tahun beroperasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan notis pemindahan lokasi ke sebuah tapak baru yang kini dalam proses pembinaan.
Advertisement

Terletak di sebelah JPJ Wangsa Maju, nama uptown ini akan dikenali sebagai Bazaria Wangsa Maju. Namun untuk sementara waktu, peniaga akan ditempatkan untuk sementara di atas bekas loji kumbahan bersebelahan SK Danau Kota.
Ya betul, diorang dah berpindah ke tapak sementara sebelah SK Danau Kota.
— Asal Gombak (@AsalGombak) October 30, 2019
Berita pemindahan Uptown Danau Kota ini juga telah dikongsikan oleh akaun Asal Gombak di Twitter.
HARI TERAKHIR UPTOWN DANAU KOTA
— Asal Gombak (@AsalGombak) October 30, 2019
Semalam adalah hari terakhir Uptown Danau Kota beroperasi sejak 2006 selepas menerima notis pengosongan tapak diberikan oleh DBKL.
Lepas ini mereka akan berpindah di sebelah JPJ Wangsa Maju dan akan diberi nama Bazaria Wangsa Maju. pic.twitter.com/NckWnnvikM
Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih atas berita penutupan Uptown Danau Kota ini dan masing-masing mengimbau kenangan berkunjung ke night market di ibukota berkenaan.
Thank youuuu Uptown Danau :( Student uia selalu pergi sini sebab dekat dengan UIA & KL Fest 😂 You will be missed.
— Mai (@MaisarahMahmud) October 30, 2019
Banyak kenangan di. Uptown danau kota.
— einamizi (@madaminazalina) October 30, 2019
Sampai skg aku tak ingt kedai nasi goreng sotong yg sedap tu kat belah mana
— PdaPidot (@Pidottt) October 31, 2019
Nasib baik bru je pegi haritu. Memori tmpt dating nie. Hahahahahah
— NurulHusna (@Nurul72942) October 31, 2019
Thank you for all the memories
— athira (@fatinxathiroh) October 30, 2019