Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Saya Minta Maaf”, Usahawan Kesal Atas Tindakannya, Jumpa Semula Gelandangan Warga Emas

Seorang usahawan terkenal, Carl Samsudin berjumpa semula dengan gelandangan warga emas yang dikenali sebagai Pak Cik Abdul Hadi, pada Khamis.

“saya minta maaf”, usahawan kesal atas tindakannya, jumpa semula gelandangan warga emas

Advertisement

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, dia berkongsi sekeping gambar bersama warga emas itu sambil memejamkan matanya dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Malah, warga emas tersebut turut memandangnya dengan pandangan yang begitu sayu.

“Saya minta maaf,” tulisnya.

“saya minta maaf”, usahawan kesal atas tindakannya, jumpa semula gelandangan warga emas

Tindakan yang disifatkan memalukan gelandangan warga emas berkenaan pada Selasa lalu telah mendapat pelbagai reaksi warganet. 

Dalam perkembangan lain, warga emas itu berkata di sebuah video bahawa dia tidak terasa hati dengan kata-kata yang diluahkan usahawan tersebut.

Dia juga bersyukur atas sokongan yang diberikan warganet kepadanya dan berterima kasih kepada mereka.
 

ERA Muzik Hit Terkini