Valentino Rossi, juara dunia tujuh kali kelas MotoGP, disahkan positif COVID-19.

Ia secara tak langsung membuatkan Rossi terlepas untuk beraksi di Grand Prix Aragon minggu ini.
Advertisement
Pelumba Itali berusia 41 tahun itu juga akan terlepas untuk beraksi di GP Teruel selepas disahkan positif pada ujian kedua COVID-19.

Pada mulanya beliau mengadu rasa tidak sihat dan sakit pada tulang serta sedikit demam, menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan didapati negatif untuk ujian pertama.
Bagaimanapun ujian kedua yang dijalankan keatasnya mendapati Rossi positif COVID-19.
— Valentino Rossi (@ValeYellow46) October 15, 2020
"Saya kecewa dan marah kerana sudah melakukan yang terbaik mengikut segala protokol dan meskipun ujian yang dilakukan Selasa lalu negatif, saya tetap menjalani proses kuarantin sendiri sejak tiba dari Le Mans.
"Apapun saya tidak boleh melakukan apa-apa untuk mengubah keadaan. Saya akan mengikuti segala nasihat kesihatan dan kemudian berharap akan pulih sepenuhnya," katanya.
Sumber: ESPN