Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Individu Dijangkiti Varian Delta Punyai Kandungan Virus 300 Kali Lebih Banyak Berbanding Varian Lain - Kajian

Varian Delta Covid-19 diketahui sebagai antara varian paling mengganas ketika ini dan satu kajian terbukti individu yang dijangkiti varian ini memiliki kandungan virus 300 kali lebih banyak berbanding varian asal.

individu dijangkiti varian delta punyai kandungan virus 300 kali lebih banyak berbanding varian lain - kajian

Advertisement

Sekumpulan saintis di Korea Selatan mengesahkan perkara ini setelah mendapati kandungan virus dalam sistem darah seseorang adalah tertinggi.

Kajian ini ditemui ke atas pesakit dijangkiti varian Delta ketika pesakit mula menunjukkan gejala awal.

Menurut Badan Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDA), kadar kandungan virus itu hanya akan menurun secara beransur-ansur dan menjadi setara dengan varian lain selepas hari jangkitan mencecah 10 hari.

individu dijangkiti varian delta punyai kandungan virus 300 kali lebih banyak berbanding varian lain - kajian

Namun, para penyelidik menegaskan kajian ini tidak bermaksud varian Delta adalah 300 kali lebih mudah berjangkit daripada virus yang muncul di Wuhan pada tahun 2019.

“Kami berpendapat kadar penularannya adalah 1.6 kali ganda daripada varian Alpha dan kira-kira dua kali ganda versi virus yang asal,” katanya.

Para penyelidik juga melakukan kajian itu dengan membandingkan kandungan virus terhadap 1,848 pesakit yang dijangkiti varian Delta dan 22,106 orang yang mengalami varian lain.

Sumber: Reuters

ERA Muzik Hit Terkini