Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Varian Lambda Lebih Berbahaya Ditemui Di Bangladesh

Varian Lambda yang berbahaya ketika ini telah melanda Bangladesh apabila mengesan kes pertama melibatkan seorang wanita berusia 49 tahun di Dhaka.

varian lambda lebih berbahaya ditemui di bangladesh

Advertisement

Menurut pegawai saintifik BCSIR, Salim Khan memaklumkan varian itu dijumpai dan dikesan daripada sampel yang diperoleh daripada makmal baru-baru ini.

“Varian baharu itu dikenal pasti dari sampel jujukan genom yang diperoleh Majlis Penyelidikan Saintifik dan Industri Bangladesh (BCSIR) dan Universiti Jahangirnagar pada Mac.

varian lambda lebih berbahaya ditemui di bangladesh

“Kami kemudian menyerahkan laporan itu kepada Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID) Jerman untuk kajian lanjut dan hasil keputusan ujian adalah sama,” katanya.

Varian Lambda dipercayai berasal dari negara Peru dan lebih 81 peratus kes jangkitan COVID-19 di negara itu melibatkan daripada penularan varian berkenaan.

Sumber: Bernama
 

ERA Muzik Hit Terkini