Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Varian Omicron Catat Kes Baharu Libatkan Kanak-Kanak 8 tahun Baru Pulang Dari Nigeria

Kes pertama varian yang dibimbangi (VoC) Omicron melibatkan rakyat tempatan dikesan di negara ini.

varian omicron catat kes baharu libatkan kanak-kanak 8 tahun baru pulang dari nigeria

Advertisement

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, kes yang baharu dikesan ini merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria.

“Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif.

varian omicron catat kes baharu libatkan kanak-kanak 8 tahun baru pulang dari nigeria

“Kanak-kanak ini tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.

“Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini