Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020.

Memetik ucapan PM semalam, beliau turut meluahkan rasa sayu kerana memahami situasi rakyat yang tidak dapat pulang berhari raya tahun ini.
Advertisement
“Saya tahu ramai agak sedih tak dapat berhari raya di kampung bersama keluarga. Bersabarlah, bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara saudari bolehlah balik ke kampung halaman menziarahi ibu bapa dan sanak saudara.
“Stesen televisyen dan radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau. Sekali sekala, kalau dimainkan selalu, saya pun sayu juga.
“Mainkanlah lagu-lagu hari raya yang boleh menceriakan suasana. Saya tengok di Youtube ada lagu Jange Kelik Lah Weii. Ini orang Kelate. Lagu ini pun okay lah,” katanya.
Menjengah ke laman Youtube, rata-rata netizen dilihat menyerbu video yang disebut oleh PM, nyanyian Eddie Hamid, Man Khan dan Aris Kapilla.
Lagu berkenaan juga dikatakan sesuai untuk perantau-perantau yang tidak dapat pulang beraya ke kampung halaman.
Sumber: Youtube