
Sebuah video tular menunjukkan objek terang seakan-akan matahari menerusi rakaman seorang lelaki dari tepi pantai.
Advertisement
Objek tersebut menimbulkan tanda tanya kerana ia mempunyai saiz yang lebih besar daripada matahari dan juga lebih terang.
Individu yang merakamkan fenomena berkenaan mendakwa ia sebagai Planet X atau Nibiru.

Saintis dan pakar sudah lama membuat teori berkenaan planet tersebut yang kononnya muncul pada September 2017, tetapi ia meleset sama sekali.
Menurut sumber, ini bukan pertama kali Nibiru didakwa dilihat muncul di bumi. Pada Oktober lalu, satu cahaya seperti api di sebalik awan turut kelihatan di Amerika Syarikat (AS).
Sumber : Daily Star
