Sejak hujung minggu lalu, tular satu video seram di laman Twitter oleh pengguna @hariskhairul yang menunjukkan bayangan dihadapan cermin tidak bergerak sama seperti pergerakkan anaknya.

Menurut beliau, kejadian itu terjadi apabila beliau sedang leka bermain permainan video secara tiba-tiba isterinya memanggilnya untuk mengambil anak.
Advertisement



Selepas dilihat pada rakaman video, bayangan anaknya didapati ‘beku’ seketika sedangkan anaknya bergerak seperti biasa.
Tengah syok main pubg, tiba-tiba orang rumah panggil suruh ambik anak. Ingat ade ape lah, bila tengok video ni balik haish seram! pic.twitter.com/IYUhfJ9axL
— Nasrullah Napi (@NasrullahNapi) April 27, 2019
Rata-rata netizen terkejut dengan video berkenaan, malah tak kurang juga yang mendakwa ia adalah sekadar suntingan video.




Sumber: Twitter Nasrullah Napi
