VIPSHOP adalah peruncit dalam talian terkemuka di China dan telah dilancarkan di Malaysia. Selain membawa ratusan jenama premium pada harga yang tiada tandingan, aplikasi ini juga membawa semula beli-belah secara mewah hanya melalui dalam talian.
Platform yang penuh inovatif ini memperkenalkan pelbagai jenama premium dan merangkumi bidang fesyen, sukan, kecantikan dan banyak lagi. Aplikasi ini direka khas untuk memenuhi citarasa pengguna terutama di rakyat Malaysia.
Advertisement
Apa yang istimewa, VIPSHOP menawarkan 100% barangan mewah dengan diskaun yang sangat hebat sehingga 70% dan penghantaran percuma serta polisi pemulangan 15 hari tanpa sebarang kerosakan.

VIPSHOP bakal menjadi tempat membeli-belah utama buat mereka yang mementingkan ketulenan produk dan kualiti. Sylvia Ong, Pengarah Pemasaran VIPSHOP Sea turut mengesahkan bahawa komitmen syarikat untuk mendemokrasikan akses terhadap ketulenan sesuatu produk.