Hong Kong sekali lagi berdepan dengan kehadiran wabak misteri selepas ia pertama kali dikesan pada 2018.
Menurut salah seorang penyelidik University of Hong Kong, Dr Siddharth Sridjar, ancaman virus misteri ini disebarkan dari tikus jalanan kepada manusia.
Advertisement

Kes pertama jangkitan wabak misteri ini melibatkan pesakit berusia 58 tahun yag menjalani pemindahan hati kira-kira dua tahun lalu dan menjangkiti 10 lagi penduduk di bandar terbabit.
Virus terbabit digelar hepatitis E tikus atau HEV tikus juga menyebabkan kegagalan fungsi hati kepada seorang lelaki berusia 61 tahun dan disahkan positif pada 30 April lalu.

Penyelidik tidak menolak kemungkinan terdapat ratusan lagi jangkitan yang gagal dikesan diluar sana dan punca jangkitan boleh jadi melalui makanan tercemar atau melibatkan haiwan lain.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), virus hepatitis E ini biasanya disebarkan melalui air yang dicemari dengan najis pesakit. Pesakit yang posiif virus ini akan mengalami demam, penyakit kuning dan hati yang membesar serta terdapat empat spesies virus itu yang menular antara pelbagai haiwan dan hanya satu daripadanya diketahui menjangkiti manusia.
Sumber: Sinar Harian