Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Virus Polio Buat Otot Jadi Kecil, Ia Juga Boleh Berjangkit! ''Pentingnya Vaksin..''

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat makluman bahawa satu kes virus polio dikesan di Malaysia selepas 27 tahun negara ini bebas daripada penyakit tersebut.

virus polio buat otot jadi kecil, ia juga boleh berjangkit!

Advertisement

Masyarakat perlu sedar akan pentingnya vaksin bagi mencegah penularan polio kerana virus ini pernah menyerang orang ramai suatu ketika dahulu.

virus polio buat otot jadi kecil, ia juga boleh berjangkit!

Polio merupakan sejenis penyakit berjangkit yang menyerang saraf-saraf yang mengaktifkan pergerakan otot seperti tangan, kaki dan paru-paru. Ia boleh menyebabkan kecacatan pada tangan dan kaki dan membuatkan pesakit lumpuh. Lebih teruk lagi, virus polio ini juga boleh membunuh.

Kesan daripada virus polio, pesakit akan mengalami perubahan seperti berikut:

virus polio buat otot jadi kecil, ia juga boleh berjangkit!

Suatu ketika dahulu, ramai yang perlu menggunakan mesin pernafasan yang bertindak sebagai 'paru-paru besi' bagi membantu mereka untuk bernafas dengan baik.

kini, hanya tinggal beberapa orang je yang masih guna paru-paru besi

Baca: Kesan Dari Virus Polio, Pesakit Pakai Paru-Paru Besi Untuk Bernafas

Mereka yang tidak pernah mengambil vaksin polio dinasihatkan agar segera ke mana-mana fasiliti kesihatan bagi mendapatkan vaksin.

Sumber: Public Health Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini