Usahawan muda, Vivy Yusof, kini dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Kementerian Pendidikan.

Advertisement
Menerusi update dilaman Instagram beliau, Datin Vivy Sofinas Yusof melahirkan rasa syukur kerana diamanahkan dengan tanggungjawab besar sebagai ahli lembaga pengarah termuda di UiTM.
"Saya sangat menghormati pengerusi serta barisan ahli lembaga pengarah yang lain atas apa yang mereka lakukan.
"Biarpun tidak memiliki pengalaman yang setara dengan mereka, saya berharap dapat memberikan sumbangan.
"Sumbangan dari segi idea yang segar dan beberapa pembaharuan kepada UiTM. Semoga ia mampu memberi manfaat kepada industri pendidikan dalam pelbagai cabang," tulisnya di Instagram.
Perlantikan beliau yang kini berusia 31 tahun itu rata-rata mendapat reaksi positif daripada orang ramai.
Tahniah Datin Vivy Yusof!
