Seorang wanita di New York baru-baru ini telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-107 tahun.

Louise Signore telah mendedahkan rahsia tentang kepanjangan umurnya yang kini mencecah ratusan tahun iaitu dengan tidak berkahwin.
Advertisement
Dalam satu temubual oleh CBS2, Louis yang masih kuat berjalan tanpa sebarang alat bantuan seperti kerusi roda, mampu melakukan pelbagai aktiviti harian dengan sempurna.
“Saya rasa rahsia untuk umur 107 ialah dengan tidak berkahwin. Saya rasa itu rahsianya. Kakak saya juga pernah berkata bahawa saya tidak akan berkahwin”, katanya dalam temubual terbabit.

Louis gemar untuk melakukan banyak aktiviti berat seperti bersenam, menari dan juga bermain bingo selepas waktu makan tengah hari.
Namun menurut pengarah di pusat jagaan orang tua, Aisha Parillon, Louis mempunyai umur panjang kerana hubunganya bersama komuniti disini.
“Saya rasa hubungannya bersama jiran dalam kominiti dan juga rakan-rakannya di pusat jagaan orang tua menjadi sebab kenapa umurnya panjang”
Sumber: Elite Reader
