Seorang wanita bertindak membakar rumah kawan kekasihnya akibat bengang tidak dapat mengesan lelaki tersebut di daerah Bang Lamung, Thailand.
Menurut pemilik rumah, Parichat Yongpanya memaklumkan dia dan dua anak perempuannya sedang tidur di dalam rumah sebelum wanita itu membawa masuk sebotol petrol sambil cuba menghubungi teman lelakinya.
Advertisement

Namun, suspek kemudian melarikan diri dari rumah dan mereka bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Tambahnya, Parichat merupakan rakan kekasih wanita itu juga berkongsi maklumat bahawa lelaki itu sering datang ke rumahnya tetapi tidak munculkan diri ketika hari kejadian.

Suspek kecewa dan tidak berpuas hati hingga terdesak membakar rumah Parichat.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu dan akan menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Sumber: Kosmo