Jika anda sudah menonton filem Marvel terbaru, Spiderman: Far From Home, pasti anda perasan akan kelibat seorang wanita muslim berhijab yang menjadi rakan sekelas Peter Parker.

Advertisement

Wanita berkenaan ialah Zoha Rahman, gadis kacukan Pakistan-British yang juga fasih berbahasa Inggeris, Urdu, Hindi, Punjabi, Mandarin, Arab, Kanada serta Pashto.

Gadis yang juga graduan jurusan undang-undang menjelaskan bahawa beliau tidak berhijab dalam kehidupan sebenarnya, sehinggalah dimaklumkan mengenai watak dalam filem Spiderman: Far From Home.

"Saya muslim tetapi saya tidak berhijab," katanya dalam satu temu bual bersama media antarabangsa.


Adakah Zoha Rahman yang akan membawa watak-watak lain dalam filem Marvel yang seterusnya?
Sumber: Teen Vogue, The Forbes, The National, Gempak
