Pernahkah anda menaiki kenderaan awam seperti bas atau keretapi yang sesak dan penuh dengan orang?

Seorang wanita dari Singapura telah menunjukkan cara bagi mendapatkan ruang peribadi apabila berada dalam kenderaan awam yang sibuk, iaitu menggunakan gelung hula-hoop.
Advertisement

Dipetik dari Stomper, gelagat wanita ini telah dirakamkan oleh seorang pengguna yang bernama Lee, ketika waktu puncak.
“Wanita ini telah berdiri dalam ruangan bulatannya ketika saya menaiki keretaapi terbabit.
“Semua orang menganggap ia satu perkara biasa dan tiada siapa pun mengganggu ruang peribadi wanita itu”, kata Lee.
Ketika gambar tersebut diambil, orang ramai dikatakan bersesak-sesak dalam keretapi terbabit untuk pulang dari tempat kerja.
Sumber: Stomp