Kedai perkakasan rumah mungkin menjadi ‘syurga’ buat kebanyakkan kaum lelaki bagi mencari barangan tertentu.
Disebabkan itulah, seorang wanita berusia 26 tahun bertindak mencari jodohnya dikedai menjual perkakasan rumah dekat Bunnings Warehouse, Central Coast, Australia.
Advertisement

Leesh Cuningham, menjadi tular dilaman sosial baru-baru ini kerana bertindak mencari jodoh disitu, selepas gagal mendapatkan teman lelaki secara online.

Cunningham dilihat berkeliaran di setiap lorong kedai, malah bertanya kepada staf kedai itu jika mereka mempunyai stok lelaki disitu.
“Apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat, saya tidak malu.
“Memandangkan saya masih bujang, jadi saya fikir tempat terbaik untuk mencari teman lelaki adalah di kedai alat perkakasan rumah yang dikuasai lelaki.
“Aplikasi temu janji hanya membuka ruang untuk satu jenis lelaki sahaja tapi saya mahukan pilihan,” katanya.
Wanita itu yang juga seorang pengurus cawangan syarikat sewa kereta juga telah dibanjiri dengan inbox di laman sosialnya yang berminat mahu menjadikannya teman wanita.

“DM saya (mesej langsung di Instagram) dibanjiri mesej rawak daripada semua peringkat umur,” katanya kepada Daily Mail.
Sumber: Daily Mail