Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjatuh pada sebuah escalator di KL Sentral.
Insiden yang dilaporkan terjadi pada pagi Isnin (30 September) telah menjadi perhatian khususnya kepada pihak Rapid KL.
Advertisement
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka, pihak Rapid KL mengesahkan kejadian terbabit dan memohon maaf atas kejadian yang berlalu.
Wanita yang cedera akibat daripada kemalangan ini telah dilaporkan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Sumber: Facebook