Siapa sangka, demi hobi menjadi bayi, seorang wanita berusia 25 tahun sanggup membelanjakan ribuan ringgit setiap bulan.

Paigey Miller yang juga merupakan seorang pereka kandungan membelanjakan sekitar USD300 (~RM1,268) setiap bulan bagi melakukan hobinya sebagai seorang bayi.
Advertisement
Miller memulakan paginya dengan menukar lampin pakai buang sebelum melakukan aktiviti kegemarannya iaitu dengan bermain barang permainan termasuklah koleksi Barbie dan Polly Pocket.

Beliau juga telah mendapat peruntukan dari 426 pelanggan laman webnya bagi membeli barangan bayi dewasa.

Walaupun hobinya sebagai bayi dewasa ini dipertikaikan orang ramai, keluarga dan rakan-rakan Miller masih menerima baik aktiviti yang dilakukan oleh beliau, dan dalam masa sama beliau masih meneruskan rutin sebagai orang dewasa biasa.
Ada sesiapa lagi teringin nak jadi bayi dewasa?
Sumber: Unilad